Wednesday 8 January 2014

Memberi itu besar nikmat dah rahmatNya...

Dengan lafaz Bismillahhirahmanirahim..... serta Assalammualaikum wbt.... dengan izin Allah Taala, berjaya juga saya memulakan langkah untuk menulis sesuatu di sini.

Sebelum memulai, saya memohon berbanyak maaf sekiranya tulisan saya ini ada kekurangannya.

Ingin saya berkongsi di sini, sedikit pengalaman saya beberapa hari ini... "Memberi itu banyak nikmatnya..".  Mungkin ungkapan ini kedengaran biasa sahaja, tapi bagi saya ianya adalah rahsia Allah untuk kita.

Ini pengalaman saya, pada hari Selasa yang lepas, saya telah berkunjung ke sebuah bank untuk mengemaskini sesuatu, Alhamdulillah, urusan itu selesai dalam masa yang singkat. Di perjalanan keluar, terserempak saya dengan 2 org anak gadis memegang satu buku...dan dengan sopan menyapa saya... kak kami dari sekian2 pertubuhan, sudi kiranya kak mewakafkan sedikit sumbangan utk pertubuhan ini.... dan seperti yang saya lihat di buku itu... "Wakaf untuk Sekolah Tahfiz anak2 negeri Kedah".. Tup terdetik di hati saya, ini yang patut aku hulurkan hari ini.

Cerita ini tidak habis di sini. Di sebelah petangnya, anak sulung saya telah membawa sejumlah wang sebagai yuran Iqra' dan yuran Tahunan untuk 2014.  Sewaktu pulangnya, terkejut saya apabila di beritahu, Ustazah kasi balik duit ni sebab Arief belajar Iqra' percuma saja untuk bulan ni dan bulan seterusnya.  Terkedu saya, rupanya Allah ada rahsia yang besar di sebelah huluran wakaf saya di sebelah pagi tadi.  Syukur, Alhamdulillah. Semasa bercerita kepada suami. Terdiam dia sebentar dan terus berkata.... duit kita tak akan pernah habis kalau kita sentiasa mengingati dan menghulurkan kepada insan2 lain yang mungkin lebih memerlukan dari kita.  Waulahuallam.